Zaffique Zin | AI TEKNOLOGI MENJADI TREND 2018….KENAPA YER???
zaffique-new-logo-white

AI TEKNOLOGI MENJADI TREND 2018….KENAPA YER???

 

AI TEKNOLOGI MENJADI TREND 2018….KENAPA YER???

Agak menjadi trend telifon bimbit masa kini mempunyai kamera teknologi AI dan semakin menjadi kegilaan apabila pengeluar telifon OPPO julung kali melantik aktres  terkenal Malaysia Neelofa sebagai Duta bagi model OPPO F7. Selepas  itu banyak pengeluar telifon bimbit yang lain seperti Huawei, Vivo dan sebagainya menggunaka teknologi AI ini bagi menarik perhatian pembeli yang suka mengambil gambar.

Tahukah korang apa teknologi Ai ni. Di sini Zaff Tech akan merungkai secara ringkas kenapa ia menjadi kegilaan masa kini bagi telifon bimbit .

APE  “AI” TU ??

Ia menjadi trend di dalam perkembangan teknologi kini yang semakin canggih. Ai adalah nama singgkatan “ARTTIFICIAL INTELLIGENCE” atau dalam ayat yang mudah “mengajar atau mempelajari sistem computer agar berfikir seperti manusia”.

KECANGGIHAN KAMERA

Ini adalah perkara yang di tekankan dalam pembuatan telifon  berkenaan dengan AI. Dengan menggunakan AI, interface kamera boleh mengesan subjek dalam bingkai kemera seperti makanan, bunga api, buah buahan dan sebagainya. Ia akan memfokuskan subjek untuk imej yang terbaik dan mengenalpasti ciri ciri subjek dan meningkatkan kualiti gambar secara automatik untuk gambar potret yang unggul.

SEBAGAI TRANSLATOR/ALIH BAHASA

Pada telifon bimbit yang mempunyai teknologi AI ini terdapat aplikasi dimana boleh  mengambil gambar dengan tulisan dalam satu bahasa ke bahasa yang lain. Walau bagaimanapun aplikasi ini memerlukan Internet untuk memuat naik imej untuk di analisis dan kemudian di terjemahkan.

TINGLAH LAKU PENGGUNA

Sistem AI direka untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan tingkah laku pengguna. Contohnya jika pengguna berada di kuliah atau pejabat ia akan menukar mode senyap secara automatik . Bertukar mode Bluetooth bila di rumah atau menutup aplikasi theme setiap beberapa jam. Ai akan mengenalpasti corak harian pengguna dan akan update proses harian pengguna dari masa ke semasa.

PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN TELIFON BIMBIT

Apple iphone X menggunakan algoritma berasaskan AI untuk sistem pembukaan peranti ID Muka mereka. Dengan menggabungkan sistem Apple yang agak rumit, teknologi AI mengenalpasti wajah pengguna untuk tujuan keselamatan. Menggunakan pemprosesan AI, Iphone X boleh mengenalpasti wajah dengan perubahan seperti cermin mata atau janggut ataupun mengenakan mekap yang tebal. Huawei juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi ni dan mendakwa ia lebih hebat dari Apple.

VOICE ASSITANT/PEMBANTU SUARA

.Apple menamakan pembantu suara mereka SIRI. Bagi Google pula Alexa dan Cortana yang juga menggunakan telah menggunakan teknologi AI untuk mengenal pasti apa yang manusia cakap dan mereka akan bertindak balas. Teknologi AI yang semakin canggih telah menjadikan pembantu pembantu suara ini semakin di perlukan. Tidak hanya membalas pertanyaan tetapi juga melakukan tugas seperti membuat pesanan dalam talian atau mencari lagu tertentu ataupun membantu menaip mesej.

 

Hebat bukan !!!!!