Zaffique Zin | SELAMATKAH MENGGUNAKAN WIFI DI TEMPAT AWAM?
zaffique-new-logo-white

SELAMATKAH MENGGUNAKAN WIFI DI TEMPAT AWAM?

Dizaman teknologi yang semakin advance, penggunaan internet semakin menjadi satu kewajipan bagi semua golongan. Dari yang kecil sehingga golongan dewasa sehingga internet di labelkan sebagai keperluan di masa ini. Seiring dengan perkembangan internet , penggunaan WIFI juga tidak asing lagi. Di rumah , pejabat , kedai, restoren dan juga di tempat awam juga menyediakan perkhidmatan WIFI sama ada berbayar ataupun secara percuma.

Perkembangan jalur lebar dan wifi di Malaysia juga agak menarik. apabila syarikat telekomunikasi nombor 1 Malaysia TM Bhd memperkenalkan STREMYX pada tahun 1995 melalui anak syarikatnya TM Net. Tetapi pada 2010 ia telah mengupgrade STREAMYX kepada UNIFI dimana UNIFI lebih laju daripada STREAMYX.

Kemudahan WiFi sudah menjadi satu keperluan terutamanya jika ia disediakan percuma. Pengguna telifon pintar, tablet dan laptop yang berhubung melalui pelbagai aplikasi social sudah pasti mencari WiFi percuma kemana sahaja mereka pergi tidak kira di hotel, airport, hospital malah di kedai kopi. WiFi secara asas tidak di bangunkan bersama ciri keselamatan awam dan pemasangannya tidak memerlukan sebarang peraturan khas.

Ada syarikat Cyber Security menjalankan kajian di bandar besar London bagi menunjukkan pengguna yang leka menggunakan WiFi awam tanpa menghiraukan keselamatan peribadi. Dalam eksperimen ini, mereka menyediakan hotspot WiFi palsu yang mendedahkan trafik Internet, maklumat peribadi, kandungan e-mel malah bersetuju kepada klausa mengarut seperti melepaskan ‘hak penjagaan anak sulung’ pengguna untuk menggunakan WiFi percuma ini. Dalam masa 30 minit, sebanyak 250 peranti disambungkan ke WiFi ini kebanyakannya secara automatik tanpa disedari pengguna dengan 33 individu secara aktif melayari Internet dan menghantar e-mel.

Pengkaji senario terbabit menemui teks e-mel yang dihantar menerusi format ‘POP3’ boleh dibaca dengan jelas seperti alamat penerima dan penghantar serta kata laluan penghantar bagi menekankan kepentingan penggunaan enkripsi. Apa yang menakutkan, pengguna tidak membaca langsung terma dan syarat sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ini.

Dalam eksperimen ini, mereka meletakkan syarat seperti melepaskan hak penjagaan anak sulung mereka serta binatang peliharaan kesayangan untuk mendapat kebenaran menggunakan WiFi percuma. Pengguna boleh menjauhi penggunaan WiFi percuma atau melaksanakan langkah keselamatan ketika menggunakannya.

Penggunaan WiFi di tempat awam perlu langkah lebih berhati-hati apabila kebanyakan individu memilih untuk membiarkan sambungan rangkaian WiFi mereka terbuka, sekali gus mencipta hotspot yang membolehkan sesiapa saja berdekatan kawasan itu untuk membuat sambungan ke Internet.

Antara tip perlu difikirkan:
1. Adakah hotspot anda menyalahi peraturan pembekal perkhidmatan Internet? Sesetengah pembekal Internet jalur lebar melarang pengguna berkongsi sambungan WiFi dengan orang yang tidak dikenali. Larangan ini biasanya terkandung dalam syarat perkhidmatan oleh pembekal Internet ketika anda mendaftar untuk menggunakan Internet.

2.Adakah komputer dan rangkaian anda selamat? Pastikan kata laluan komputer anda sukar diteka dan dihafal. Ia penting terutama jika anda mempunyai rangkaian komputer di rumah.

3.Adakah anda sudah menukar kata laluan stesen utama (base station)? Kebanyakan stesen utama WiFi menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti ‘admin’ atau ‘default’ membolehkan penggodam untuk mengambil alih aturan stesen utama. Pastikan kata laluan stesen utama WiFi kepada yang sukar diteka, tetapi mudah diingati.

Tip menutup rangkaian WiFi awam
Jika mahu melindungi rangkaian WiFi daripada orang yang tidak dikenali, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil:

1. Jangan siarkan Service Set Identifier (SSID) . Ia langkah yang paling mudah untuk mencegah seseorang daripada memasuki rangkaian WiFi. Bagaimanapun ia masih lagi belum selamat. Secara automatik, semua stesen utama WiFi menghebahkan kehadiran mereka menggunakan pengenalan yang dipanggil SSID kepada sesiapa yang berdekatan.

2. Enkripsi kata laluan rangkaian tanpa wayar.

3. Pastikan stesen utama hanya menerima alamat ‘MAC’ anda.

Tip menghantar maklumat sensitif melalui rangkaian WiFi.

1. Jangan hantar fail yang sensitif jika tahu rangkaian WiFi tidak selamat.2.¬†Gunakan ‘Virtual Private Network’ (VPN) untuk memastikan keselamatan maklumat yang dihantar melalui WiFi.

2. Gunakan rangkaian yang selamat.