Zaffique Zin | SEJARAH TRANSFORMASI NASI LEMAK
zaffique-new-logo-white

SEJARAH TRANSFORMASI NASI LEMAK

Sejarah Nasi lemak

Hai korang semua,kali ni Zafood nak kongsi dengan korang semua 1 menu yang sememang nya menu wajib bagi kita iaitu Nasi lemak. Hidangan nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran orang malaysia tidak kira di negeri mana,sebut aje nasi lemak pasti orang tahu dan menyukainya.

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi melayu terutamanya dan menjadi kegemaran juga bagi rakyat malaysia tidak kira bangsa apa skali pon. Selain dari malaysia ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Di Indonesia Nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan lagi aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk contoh nya sambal paru,sambal sotong,ayam goreng,rendang daging dan banyak lagi.

Sebenarnya Nasi lemak adalah hidangan yang mudah dan ringkas . Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal , kerangupan ikan bilis ,kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun . Kalau nak di ikutkan sejarah nya Nasi Lemak tidak lah dijadikan makanan utama,Nasi Lemak dijadikan bekal atau bungkusan kepada pesawah,pekebun dan buruh. Ini kerana nasi lemak mengandungi kalori dan tenaga yang tinggi dan membantu mereka menambah tenaga setelah membanting keringat.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan RM3 sehingga 1 sebungkus. Nasi lemak juga dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan di Asia Tenggara. Nasi lemak juga dijadikan menu utama di dalam penerbangan MAS.