Zaffique Zin | Roti Canai Special Terbaik Di Kuala Lumpur
zaffique-new-logo-white

Roti Canai Special Terbaik Di Kuala Lumpur

Ini bukan sebarang roti canai yang nak Zafood nak sharekan. Ini roti canai yang agak terkenal di KL. Roti Canai Mansion atau Roti Canai Selangor Mansion.  Lokasi kedai ni agak menarik, di tengah bandaraya Kuala Lumpur, bersebelahan Sungai Klang yang warnanya agak indah hihihi.  Kedai roti canai ini bukanlah kedai 5 bintang . Harga tepi jalan tetapi rasa bertaraf Machelin Restoran. Haa giteww overnyaaa…hahahaha

Bila dah sampai sini wajiblah order roti canai specialkan . Harga untuk roti canai special ni RM 4.50. Roti canainya yang lembut di tambah pulak telur setengah masak yang disertakan bersama roti canai..Perghhhh..

Lagi sedap kalau dimakan bersama kari kambing yang boleh di order di kedai yang sama . Harga untuk seketul kambing RM 6. Kambingnya yang lembut dan rasa kuahnya seperti kuah kari ala ala kari melayu. Terasa serai dan rempah ratusnya . Sedap hingga menjilat jari. Kalau nak lauk lain pun ada juga seperti kari ayam, ayam goreng, ayam masak merah dan bermacam lagi lauk yang ada, Yang penting tanyakan dulu harga lauk tu supaya bila masa nak bayar nanti taklah terkejut badak.

Kalau rasa tak puas makan roti canai je, boleh juga mencuba masakan lain seperti nasi lemak bungkus dan putu mayam. Kalau dah pekena nasi lemak  mesti rasa sendat perut selepas tu. Barulah puas makankann.

 

Ok , sesapa yang ingin mencuba dan menikmati Roti Canai Special yang sedap di KL boleh google lokasi ni. Sangat mudah nak sampai ni, Berada di sekitar  Jalan Masjid India dan jika menaiki kereta boleh melalui Jalan Ampang dan melintasi jejantas Sungai Klang. Alamatnya , No. 2, Ground Floor, Selangor Mansion, Jalan Masjid India , 50100 Kuala Lumpur. Ia di buka 24 jam seperti kedai mamak yang lain.

No. 2, Ground Floor, Selangor Mansion, Jalan Masjid India , 50100 Kuala Lumpur.