Zaffique Zin | PENGAMBILAN TELUR BERLEBIHAN MEMBAWA KESAN BURUK?
zaffique-new-logo-white

PENGAMBILAN TELUR BERLEBIHAN MEMBAWA KESAN BURUK?

Ramai yang mengatakan kalau makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun betul ke apa yang dikatakan itu?

Jom sama-sama kita rungkai.hahahah….
Kalau korang nak tahu, sebenarnya amalan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya.Ini kerana makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.

Cara penyediaannya juga boleh dikatakan mudah kerana boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan banyak lagi lah kalau nak cite.
Manakala, telur ayam kampung pula boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit.Jadinya, permintaan sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, maksudnya bebas daripada bahan kimia.

Untuk pengetahuan korang lah, dalam sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cengkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak lah terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol pada telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.

Bahagian putih telur pula mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian.

So, kesimpulan pada ayat memakan telur berlebihan tu tidak tepat lah dan yang sebetul nya cara menghidang kan telur tersebut. Kalau korang makan telur tanpa campur apa-apa yang memudaratkan tidak lah bahaya.