Zaffique Zin | NASI AYAM SEDAP DI MEDAN MARA.
zaffique-new-logo-white

NASI AYAM SEDAP DI MEDAN MARA.

 

Yuhuuu…dah makan ke belum tu? Hari ni Zafood nak pergi makan di Food Court Medan Mara.

Di sini dengarnya ada gerai Nasi Ayam yang sedap. Sebut jer nasi ayam pasti ramai yang sukakan?. Salah satu resepi yang amat sedap dan ringkas. Di gerai ni hari hari ramai orang sehingga beratur panjang. Owh Lupa nama gerai ni Gerai Jamilah . Disebabkan kami tidak mahu menjadi golongan yang beratur panjang tu, kami keluar awal sikit jam 12 tengahari. Jadi masa ni beratur tak berapa panjang sangatlah.

Di Food Court Medan Mara yang terletak di Tingkat 2 ni banyak gerai yang menghidangkan perbagai jenis makanan. Ada Nasi Kukus Ayam, Ayam Penyet, Soto, Mee Sup , Sate Kajang Samuri dan gerai air buah Pakcik yang tidak kedekut buah (nanti Zafood akan review kedai ni pula). Dan bermacam macam jenis masakan lagi yang ada. Semua sedap sedap belaka dan murah.

Food Court ini menjadi tumpuan semua pekerja di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman ni kerana inilah Food Court yang murah dan sedap.

Selain Nasi Ayam yang sedap di gerai Jamilah ini, ada juga kuih udang dan tauhu yang legend seperti di Semenyih tu. Ada juga nasi campur dan hanya beberapa jenis lauk sahaja seperti Asam Pedas, Ikan bakar air asam, sambal ayam dan dua tiga jenis lauk lagi. Memang tidak banyak menu di Gerai Jamilah ni kerana menu yang ada sudah cukup enak.

Owh lupa harga untuk nasi Ayam yang sedap ni hanya RM 6 sahaja. Nasi yang tampak mewah dan enak , ayamnya yang “tender” dan “juicy” dengan perapan rempah ratus yang asli menyerlahkan lagi keenakan Nasi Ayam itu. Harga untuk tauhu dan kuih udang hanya 60 sen sahaja. Ini antara menu yang wajib di cuba sebab kuahnya memang sedap sesuai dengan tekak.

Memang recommended makan di sini selain banyak pilihan makanan harga juga agak murah berbanding food court shopping mall yang lain. Tetapi kalau nak rasa makan disini ade waktunya tau. Food court ini hanya di buka dari Isnin hingga Jumaat , Sabtu , Ahad dan cuti umum food court ni tutup. Waktu operasinya dari jam 7 pagi hingga 3 petang sahaja.

Jika berminat hendak mencuba makanan di sini bolehlah datang ke Medan Mara , Tingkat 2 tau . Nikmatilah keenakan yang berbaloi baloi.