Zaffique Zin | KOK ORANG JAWA SUKANYA TEMPE??
zaffique-new-logo-white

KOK ORANG JAWA SUKANYA TEMPE??

Rasanya orang Malaysia ni dah biasa dengan makanan Tempe ni. Saya mengenali tempe ni semasa berumur 21 tahun. Pada masa tu our family lunch di Wong Solo di Bandar Baru Bangi. Sebuah restoran Indonesia yang menyediakan speciality Ayam Penyet. Di antara lauk sampingan ayam tu ada tempe dan tahu. Dan bila start  tempe tu masuk di mulut  …perrghh sedap jugak.

Rupanya tempe ini berasal daripada Indonesia dan merebak di Malaysia apabila banyak rakyat Indonesia berhijrah ke Malaysia suatu ketika dahulu. Ia di perbuat daripada kacang soya yang telah direndam dan di campurkan ragi bagi proses kematangan. Dan di biarkan selama 48 jam sebelum di masak.

Tempe yang di perbuat daripada kacang soya ni banyak khasiatnya. Selain sedap harganya juga sangat murah.

KHASIAT TEMPE RAMAI YANG TAK TAHU

  1. Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah.
  2. Tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan anda sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.
  3. Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.
  4. Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  5. Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

 

 

Disebabkan saya suka sangat makan tempe ni, saya bagi satu resepi Favourite kalau saya malas masak.

Goreng Tempe Ikan Bilis Kicap

1 genggam ikan bilis (di cuci)

1 bungkus tempeh di potong dan lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

1 labu besar bawang besar Holland (di hiris hiris)

3 biji cili api di ketuk/di hiris

Goreng berasingan ikan bilis dan tempe sehingga garing. Kemudian goreng pulak bawang dan cili api hingga naik bau. Kemudia campurkan kicap manis. Angkat dan campurkan bersama ikan bilis dan tempe tadi. Tengok macam mana pegi dia makan dengan nasik panas tak pandang dah kiri kanan.