Zaffique Zin | KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN JENAMA ACER “SLOWLY BUT SURELY”
zaffique-new-logo-white

KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN JENAMA ACER “SLOWLY BUT SURELY”

Acer diasaskan oleh Stan Shih Chen Jung dan kawan-kawannya pada tahun 1976 dengan pelaburan awal sebanyak $ 25,000. Mereka menamakan syarikat ‘Multitech International’ dan mula dengan merancang permainan elektronik tangan dan kemudiannya mengedarkan separa konduktor yang telah di import untuk kos yang lebih rendah dari negara-negara pengeluar yang lain

Pada 1981, syarikat itu telah menukar nama mereka kepada “Acer Inc’ dan produk pertama yang telah melonjakkan nama mereka ialah ‘Microprocessor’ . Produk ini juga langkah pertama mereka kerana dengan produk ini Acer lebih banyak mendapat projek besar dan bermulalah pembuatan PC yang di bekalkan kepada syarikat yang dijual di bawah jenama mereka.

Ini adalah syarikat komputer Taiwan pertama yang menjual produknya secara lansung terus kepada pengguna. Keuntungan yang besar membuatkan  Acer Inc terus melabur dalam Program Penyelidikan dan Pembangunan bagi produk mereka. Oleh itu pada tahun 1986 ia mampu mengembangkan komputer ke dalam Bahasa Cina pertama di dunia dengan memperkenalkan perproses Intel 386.

 

Pelaburan dan sikap yang berani mereka mendatangkan hasil. Pada tahun 1998, Acer Inc mendapat keuntungan sebanyak $ 25 juta dan pada 1990 pendapatan mereka terus meningkat mencecah hampir $1 bilion . Tetapi di sebalik kejayaan besar itu pendapatan untung yang sebenarnya mereka hanya $4 juta sahaja. Ini kerana pada masa itu kejatuhan harga perkakasan computer di seluruh dunia. Ini memberi impak matawang dollar Taiwan juga. Tetapi mereka tidak berdiam diri sahaja, Acer bergerak maju dengan melabur pula di dalam teknologi teknologi baru yang menguntungkan mereka di masa yang panjang.

 

Acer menyusun strategi dan bergerak dengan pantas untuk meningkatkan margin keuntungan mereka dan memastikan hasil jualan semakin meningkat.  Mereka melakukan ini dengan menghantar pelbagai komponen ke 32 lokasi di seluruh dunia untuk pemasangan. Papan kekunci, casing dan kompenan yang telah dihantar ke negara-negara yang berbeza dalam kuantiti yang besar dengan kapal.

 

Strategi ini membantu mengurangkan kos pengeluaran dan mengekalkan kualiti produk setinggi mungkin. Menjelang tahun 1995, Acer mampu menjadi jenama nombor satu komputer di negara-negara seperti Filipina, Thailand, Chile, Mexico, Uruguay dan Taiwan. Pada tahun 1993, Acer berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak $ 75 juta bersih.

Dan pada tahun 1994 ia dapat mencapai $ 3.2 bilion hasil yang mana $ 210 juta adalah keuntungan. Ia telah menyaingi pengeluar seperti Dell, Toshiba, dan Hewlett-Packard untuk menjadi pengeluar kesembilan terbesar di dunia.

 

Pada 2011 , Acer mempunyai lebih kurang 7,500 perkerja dan pendapatannya mencecah hampir $16 billion setahun.  Dan mereka terus menempa kejayaan menjadi pengeluar PC keempat terbesar di dunia pada 2012. Acer telah mempelbagaikan rangkaian produknya seperti  laptop, server, hard disk , tablet , projector , smart phone dan lain lain lagi.

Kisah mereka yang tidak kenal erti putus asa sangat memberikan inspirasi. Dengan hanya bermula sebagai pembekal kecil kecilan dan akhirnya menjadi syarikat besar yang mempu bersaing dengan jenama terkenal yang lain. Setiap langkah yang di ambil sangat berani dan berhati hati. Seperti kata pengasanya “SLOWLY BUT SURELY” .