Zaffique Zin | KACANG ALMOND DAN MANFAATNYA
zaffique-new-logo-white

KACANG ALMOND DAN MANFAATNYA

KACANG ALMOND DAN MANFAATNYA

Kalau di Malaysia majoriti orang Malaysia lebih mengenali kuih Almond London berbanding kacang Almond itu sendiri,lagi-lagi bila hari raya,betul tak? Orite, kali ini Zafood nak kongsi dengan korang manfaat kacang Almond.

Kacang almond adalah kacang yang kaya dengan vitamin dan nutrisi serta memiliki bentuk yang lebih besar jika dibandingkan dengan kacang tanah dan kacang yang lainnya. Kandungan di dalam kacang almond sangat bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan. Tidak ramai yang tahu manfaat kacang almond, terutama masyarakat menengah ke bawah kerana Kacang almond tergolong dalam jenis kacang yang mahal. Patut la Coklat Almon London mahal…

Jom kenali lebih dekat kacang almond

Kacang almond merupakan kacang super yang mengandungi berbagai nutrisi penting untuk tubuh badan. Almond memiliki dua jenis iaitu almond dengan rasa pahit dan juga almond dengan rasa yang manis. Banyak yang menjadikan kacang almond manis sebagai jajan(yang kunyah2 la tu), sedangkan industri banyak yang menjadikan kacang almond dengan jenis pahit sebagai minyak kacang almond. Berikut ini ialah kandungan dalam kacang almond yang baik untuk kesihatan dan juga kecantikan :

* Kaya kandungan minyak ( 49% )
* Asam lemak omega-9 ( 62 % )
* Asam lemak omega-3
* Asam lemak omega-6 ( 24% )
* Asam palmiat ( 6% )
* Karbohidrat ( 26% )
* Serat ( 12% )
* Gula ( 6,3% )
* Pati ( 0,7% )
* Kaya vitamin E ( 24 miligram per 100 gram ).
* Magnesium.
* Serat
* Asam amino esensial
* Tembaga
* Vitamin B
* Kalsium
* Kalium
* Fosfor
* Vitamin B6.
* Vitamin C.
* Zat besi
* Lemak nabati
* Lemak tidak jenuh
* Kalori
* Tinggi antioksidan.
* Fenilalanin.
* Biotin

MANFAAT KACANG ALMOND UNTUK KESIHATAN

Banyak manfaat yang dihasilkan dari kacang almond untuk kesihatan. Ahli gizi menemukan fakta bahawa banyaknya nutrisi dalam kacang almond berfungsi untuk kesihatan. Berikut dibawah ialah manfaat kacang almond untuk kesihatan :

1. Menurunkan Kadar Kolesterol

Kacang almond berfungsi untuk menurunkan dan mengawal kadar kolesetrol LDL di dalam tubuh. LDL ini sangat berbahaya bagi kesihatan kerana boleh menimbulkan berbagai penyakit kronik. Cara penurunannya adalah kacang almond boleh meningkatkan kadar HDL atau kolesterol baik di dalam tubuh. Tubuh dengan kadar HDL yang baik bagi kesihatan berfungsi untuk perkembangan dan pertumbuhan sistem saraf dan masih banyak lagi lainnya. Berikut ini fakta tentang kacang almond yang boleh menurunkan kadar LDL di dalam tubuh :
* Almond kaya akan lemak tidak jenuh, lemak tidak jenuh tersebut berfungsi untuk menurunkan LDL dan meningkatkan HDL.
* Penelitian yang dilakukan oleh asosiasi kesihatan jantung Amerika, menemukan fakta bahwa konsumsi almond setiap hari boleh menurunkan kolesterol sebanyak 15 %.
* Kadar kolesterol yang diturunkan tergantung dengan jumlah banyaknya kacang almond yang masuk ke dalam tubuh.
* Sebanyak 7 gram almond yang dihadam boleh menurunkan kadar LDL sebanyak 1%.


2. Mengawal Diabetes

Walaupun kacang almond memiliki kandungan gula didalamnya, namun kacang ini bermanfaat untuk mengawal kadar gula di dalam tubuh seseorang. Pengawalan kadar gula boleh menghindarkan penderita diabetes dari berbagai komplikasi yang dihasilkan oleh penyakit diabetes. Berikut ini fakta dari kacang almond boleh digunakan untuk mengawal diabetes :
* Kandungan kacang almond berupa lemak sihat, lemak tidak jenuh, serat dan mineral boleh membuat tubuh menyerap glukosa dan memproses glukosa secara cepat.
* Penelitian yang dilakukan oleh Diabetes Care menunjukkan bahawa kacang almond boleh mengawall diabetes dengan tipe 2, baik untuk lelaki mahupun wanita. Khususnya bagi wanita yang telah mengalami masa menopause.
* Konsumsi satu ons almond sebelum sarapan dan memakan makanan porsi besar boleh mempertahankan kadar gula yang sihat di dalam tubuh.

3. Membuatkan Jantung lebih Sihat

Jantung adalah organ yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Sayangnya kinerja organ jantung sering terganggu oleh berbagai penyakit. Contohnya diabetes, kolesterol jahat, hipertensi dan asam darah tinggi. Jika tidak dicegah, penyakit jantung boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba, mendadak dan boleh membawa maut. Menjaga kesihatan jantung lebih baik dibandingkan dengan mengubati. Berikut ini fungsi kacang almond dalam menjadikan jantung yang lebih sihat :
* Magnesium yang terdapat di dalam kacang almond bermanfaat untuk melancarkan dan meningkatkan aliran darah ke jantung.
* Magnesium juga mengawal pergerakan oksigen bersama dengan nutrisi ke jantung dan ke seluruh tubuh.
* Ketika aliran darah lancar, aliran darah meningkat diikuti dengan pergerakan oksigen dan nutrisi boleh menyebabkan tekanan darah selalu normal. Tekanan darah yang normal bisa menyehatkan jantung.
* Lemak tidak jenuh di dalam kacang almond juga bermanfaat untuk menyehatkan jantung.
* Vitamin E dan antioksidan yang tinggi boleh mencegah terjadinya peradangan pembuluh darah arteri dan kerosakan arteri. Arteri itu merupakan pembuluh darah yang penting bagi organ jantung. Jika arteri sihat, jantung pun akan sihat.

Banyak lagi kalau nak cerita pon tak habis. Kalau korang nak tahu lebih boleh buat research kat google.