Zaffique Zin | GAMERS SATU KERJAYA BUKAN SEKADAR HOBI (ESPORT MALAYSIA)
zaffique-new-logo-white

GAMERS SATU KERJAYA BUKAN SEKADAR HOBI (ESPORT MALAYSIA)

PERKEMBANGAN ESPORT DI MALAYSIA DAN KENAPA MASIH RAGU LAGI MENJADI SEORANG GAMER…

Pernahkah kita terfikir permainan di komputer menjadi begitu komersial dan terkenal di seluruh dunia sehingga menawarkan hadiah jutaan ringgit. Fenomena ini di namakan Esport (Electronic Sport) dan ia menjadi perhatian di kalangan peminat dunia sukan sejak 5 –6 tahun kebelakangan ini dan bakal di pertandingkan di Sukan ASIA 2022 ,Guangzhou China sebagai salah satu acara yang di iktiraf pada temasya sukan itu.

Masih lagi ramai yang ragu dan tidak tahu apa itu Esport .Jika di ikutkan sejarahnya ia bermula pada tahun 1972 apabila Universiti Stanford menganjurkan buat pertama kalinnya pertandingan game SPACEWAR. Pada masa itu hadiah utamanya adalah percuma langganan majalah Rolling Stone selama setahun.

Pertandingan Esport ini semakin berkembang pesat apabila penggunaan internet semakin meluas di seluruh dunia. Pada tahun 80an Esport di main secara multiplayer sudah bermula dengan adanya internet.

Dan menginjak tahun 90an, dunia komputer semakin advance dan game game di komputer juga semakin maju selaras dengan perkembangan internet. Pada masa itu Nintendo dan Blockbuster mula menganjurkan kejohanan dunia video game dengan mempertandingkan games sukan, racing dan combat. Tidak terlepas jugak games berbentuk FPS (First Person Shooter:) dan games RTS (Real Time Strategy) yang membawa Esport menuju arah yang lebih moden.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya, sejak ia di iktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan pada 2016 , komuniti Esport semakin berkembang pesat dan aktif sehingga ada yang menjadi juara apabila bertanding di peringkat antarabangsa. Dan paling membanggakan sebuah Universiti Swasta di Kuala Lumpur iaitu Asia Pasicific Universiti bersama dengan eSport Malaysia telah melancarkan Akedemi eSport pada 2017 . Di sekolah dan university juga telah di tubuhkan kelab eSport bagi bagi menjadi salah satu platform kepada anak muda yang meminati eSport mempelajari dengan lebih mendalam skill sesuatu permainan, menyalurkan semangat yang kompetitif, dan menyerapkan semangat berpasukan .

Nama nama seperti Am Tuah,Ahmad Yazid, Luqman Haziq dan Ahmad Ramli, adalah tidak asing lagi di arena sukan eSport dimana sering kali mewakili negara dan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa. E sport mempunyai potensi yang bukan sedakar hobi, malah menjadi kerjaya yang sudah dibuktikan di peringkat antarabangsa.

PERKARA YANG MENARIK JIKA KORANG SEORANG GAMER


1. Kebolehan Berbahasa Inggeris

Kebanyakan gamer akan menggunakan bahasa English semasa dalam permainan. Mereka akan sering bertemu gamer dari pelbagai negara seperti Korea, Jepun , US , England dan komunikasi mereka selalunya didalam bahasa Eng lish. Sebab itu rata rata kita boleh lihat gamer fasih bertutur di dalam bahasa English.


2. Ramai kawan.

Menjadi seorang gamer bukan sekadar bermain game, ia menjadi sebuah komuniti yang besar. Pemain mempunyai lebih banyak akses untuk mengembangkan rangkaian mereka . Pemain yang bermain secara online secara tidak lansung akan menemukan mereka dengan orang baru dan akan mengenali satu sama lain. Sebab itu jangan memandang rendah kepada Gamer kerana walaupun mereka kelihatan duduk di depan TV/Komputer, rangkaian rakan mereka lagi luas di setiap pelusuk dunia.

3. Pandai tentang komputer

Haaa..jangan tak tahu walaupun gamer ni bukan lulusan jurusan komputer,golongan ini agak mahir di dalam operasi,memasang komputer dan agak laju menaip di keyboard.Minat yang mendalam memaksa mereka belajar mengenai komputer.Ada juga gamer yang menjadi ushawan berjaya kerana menjadi konsulstan pakar software dan hardware yang menjadi rujukan gamer yang lain..

4. Suasana terkawal

Bagi mereka yang menjadi gamer, kebanyakan mereka jarang kelihatan sedih walaupun mereka mungkin menghadapi masalah.Ini kerana mereka lebih cenderung dapat mengawal mental dan perasaan hati mereka,situasi sukar didalam permainan mempengaruhi cara mereka berfikir dalam menangani masalah dengan tenang,yang akan menghalang mereka dari STRESS.

5. Keupayaan visual

Banya kajian mendedahkan,mereka adalah pamain yang kebolehan visiual yang lebih baik daripada orang biasa.Keupayaan pemain untuk mengekalkan tumpuan mereka apabila diperlukan,menjadi mereka sangat teliti,ini adalah kerana dalam tabiat bermain permainan,mereka dikehendaki memproses maklumat visual pada skrin monitor secara beterusan.

6. Keupayaan multitasking

Lebih ramai gamer boleh melakukan beberapa aktiviti secara langsung daripada mereka yang tidak bermain permainan,Mereka yang menjadi Gamer,Selalunya akan diminta melakukan banyak perkara serentak dalam permainan.Ini menjadikan kebolehan multitasking mereka lebih berkesan.

7. Cepat Reaksi atau Membuat Keputusan

Terdapat kajian di universiti di Amerika,mereka mengatakan bahawa keupayaan Gamer untuk menembak zombi,mengelakkan serangan raksasa dan bahkan membuat pergerakan kecil dalam permainan,membawa pengaruh di dunia nyata.Hasilnya agak mengejutkan,kerana reaksi atau refleks yang dimainkan oleh pemain,lebih kurang sama dengan juruterbang pejuang.

8. Logik

Dalam permainan, kita mesti tahu aliran permainan supaya kita dapat memainkanya.Penyelesaian masalah,teka – teki dan pelbagai cabaran permainan akan mengasah kemahiran bermain dengan pemain. Semakin logik kita,semakin pintar kita berada dalam banyak cara.