Zaffique Zin | CARA MENIKMATI GREEN TEA TANPA ADA KESAN SAMPINGAN..
zaffique-new-logo-white

CARA MENIKMATI GREEN TEA TANPA ADA KESAN SAMPINGAN..

WAKTU YANG SESUAI MENIKMATI GREEN TEA.

Masa yang sesuai bergantung kepada sebab sebenar anda menikmati teh hijau, seperti yang kita tahu teh hijau mempunyai beberapa manfaat seperti menguruskan badan,untuk sihat dan juga sebagai antioksidan.

Ia adalah antioksidan yang hebat membantu membakar lemak,mencegah nafas berbau, melindungi penyakit janung dan juga mempunyai sifat anti-penuaan.

Adakah itu bermakna kita tidak boleh melepaskan secawan teh hijau setiap hari,semata-mata untuk mendapatkan kebaikannya?Dan adakah kita mengamalkan teh hijau dengan cara yang betul?

Bila masanya nak minum teh hijau tanpa kesan sampingan?

  1. Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut kosong,kandungan kafein dalam teh hijau boleh menyebabkan dehydration dan boleh menyebabkan rembesan gastric acid yang menyebabkan sakit perut atau ulcer,pengamal ubatan cina turut mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru-paru dan perut menjadi ‘sejuk’

 

2. Elakkan minum teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (Vitamin B1), kekurangan vitamin              ini boleh menjurus kepada masalah beri beri.

3. 2 hingga 3 cawan sehari : Teh hijau tinggi dengan antioxidant dan sebatian berasaskan tumbuhan semula jadi seperti tanin dan                         flavonoid. Pengambilan berterusan boleh mengakibatkan keracunan atau boleh menyebabkan kerosakan kepada hati.Oleh itu,                           Memadai minum dua atau tiga cawan setiap hari.

4. Sebelum dan selepas makan : kebanyakan orang minum teh hijau selepas makan,tanpa menyedari bahawa minum teh hijau sebaik                   sahaja makan boleh menghalang penyerapan nutrien.Ini bermakna,apa sahaja yang anda makan tidak diserap dengan betul kerana                   kafein dan tanin bertindak sebagai halangan.Ini juga boleh mecairkan jus gastrik yang mengakibatkan pencernaan yang tida                               betul.Oleh itu ,sebaiknya minum teh hijau 30 – 45 minit sebelum atau selepas makan.

5. 2 jam sebelum tidur : Minuman itu juga diuretik,yang bermaksud bahawa ia akan mendorong anda ke tandas dengan kerap dan boleh mengganggu masa tidur,Lebih baik mengambilnya dua jam sebelum tidur.

6. Jangan gunakan semula tea bag : Tea bag basah juga terdedah kepada serangan mikroba. Oleh itu jangan gunakanya lebih daripada dua kali.

7. Seimbangkan dengan minum air yang banyak : Teh hijau merupakan diuretik,jadi ia boleh mengakibatkan kerap kencing. Oleh itu lebih baik seimbangkan dengan air untuk menghidratkan badan anda.

8. Satu kajian telah dibuat untuk menentukan jumlah kafein yang ada dalam teh dan keputusanya berdasarkan teh hijau didalam cawan 7 ounce yang direndam selama 3 minit :

  • Chinese oolong green tea – 37mg
  • Kenyan green tea – 58mg
  • Indian green tea – 59 mg

Sekarang korang boleh la menikmati teh hijau panas dengan baik.