Zaffique Zin | BUAH EPAL PUNCA SAYA TURUN 3KG SEMINGGU!
zaffique-new-logo-white

BUAH EPAL PUNCA SAYA TURUN 3KG SEMINGGU!

SALAH SATU PUNCA SAYA TURUN 3KG SEMINGGU

Bila di fikirkan macam tak logik je. Tapi itulah yang berlaku pada minggu lepas selepas saya membuat detox epal hijau selama seminggu. Selepas mengalami sakit kaki 2 minggu lepas selepas makan seafood, terus saya berfikir perlu buat detok untuk body untuk mengurangkan rasa sakit di kaki.

Google punya google akhirnya saya mencuba detox epal hijau selama seminggu dan tak sangka hasilnya sangatlah WOW…. Body terasa ringan dan sakit kaki pun hilang terus. Perghh rupanya banyak toksin dalam badan ni rupanya. Patutlah orang kata kalau nak diet makanlah epal hijau.

Sebab di dalam sebiji epal hijau ni berpuluh puluh benefit yang ada. Rasanya memanglah masam dari epal merah tu.Tetapi ia tinggi dengan zat mineral, fiber, vitamin dan protein yang sememangnya bagus untuk body kita. Sangat bagus untuk system pencernaan, mengurangkan kolestrol di dalam badan dan automatik kulit kita pun nampak glowing je.Kalau nak di ceritakan berpuluh puluh manfaat epal hijau ni. Korang pun mesti taukan kebaikannya.

EpalHijau Epalmerah
High fiber Less Fibre
Less carbohydrate High carbohydrate
Less sugar More sugar
Less antioxidant Hight antioxidant

 

TIP TIP MEMBELI DAN MENYIMPAN EPAL HIJAU AGAR SENTIASA SEGAR

  1. Lihat pada kulitnya.

Jika ada lebam dan kekuningan itu ia sudah tidak segar.

  1. Ketuk sedikit menggunakan jari.

Jika bunyi seperti kabus kosong itu tandanya tidak rangup dan jika bunyi agak nyaring itu adalah epal yang rangup.

  1. Tekan sedikit ,

Pilih yang agak keras dan jika lembik itu tandanya epal yang hamper busuk.

  1. Lihat pada warna dan cium aromanya.

Walaupun warna bukanlah factor utama bagi epal yang bagus tapi warna juga memainkan peranan bagi mood kita untuk makan epal.Epal yang sudah matang aka nmengeluarkan aroma khas epal itu sendiri.

  1. Epal boleh disimpan dalam peti sejuk selama beberapa bulan. Epal akan membusuk sekiranya ia dibiarkan di atas kaunter dapur. Buah epal harus di simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
  2. Masukkan buah epal kedalam beg plastic dengan lubang atau balutkan buah epal dengan tuala kertas yang lembap.
  3. Pastikan menyimpan buah epal berasingan dengan sayur-sayuran kerana epal mengeluarkan gas etilena yang boleh mempercepatkan pereputan bahan-bahan yang disimpan dengannya.

Kalaun tak tau juga,Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Perrghh rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.