Zaffique Zin | AVOCADO BUAH ORANG HAVE HAVE TAPI BANYAK KEBAIKAN
zaffique-new-logo-white

AVOCADO BUAH ORANG HAVE HAVE TAPI BANYAK KEBAIKAN

 

Semalam syok berjalan jalan ke Pasar Chow Kit, sebab dengarnya makanan basah seperti sayur sayuran, buah buahan, ikan, daging dan ayam jauh lebih murah daripada pasaraya. Sedang berjalan tu ternampaklah buah warna hijau tua cantik berkilat je dilihat dari jauh. Bila dah semakin dekat rupanya buah AVOCADO. Semasa belajar di Australia dulu, avocado adalah buah favourite di buat juice dan masker muka (lelaki pun nak flawless juga tau)

Walaupun Avocado ni kalau di makan begitu saja agak tawar ,kelat dan lemak lemak, tapi khasiat untuk kesihatan amatlah banyak. Buah yang di katakan berasal  daripada Mexico dan Amerika Selatan ini terlalu banyak keistimewaannya. Dari buah itu sendiri, daun , biji dan kulit kayu boleh di gunakan untuk tujuan perubatan.

Ia juga dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesity. Pengambilan Avocado boleh digunakan bila bila masa sahaja tanpa mengira waktu.

Dan yang paling famous kalau avocado di buat jus blended bersama susu pekat dan chocolate. Di Kampung Baru KL je ramai peniaga menjual jus blended Avocado di tepi tepi jalan dan rasa pun sangat umpphh…

Sambil tu meh  nak share cara membuat Telur Dadar Avocado. Disebabkan di Malaysia Avocado agak mahal janganlah kita bazirkan pulak ye. Kita manfaatkan sepenuhnya buah ni.

TELUR DADAR AVOCADO CHEESE

  • ½ biji Avocado di potong dadu.
  • 3 biji telur ayam segar.
  • ½ biji bawang Holland yang di potong dadu juga.
  • 1 tangkai Cili merah besar di buang biji dan di hiris nipis.
  • ½ cup susu segar.
  • 2 sudu besar cheddar cheese
  • Garam secukup rasa.

Panaskan minyak dan kuali dengan api yang sederhana. Campurkan semua bahan dan pukul bagi sedikit kembang. Masukkan dalam kuali dan balikkkan bila sudah masak sebelah. Alaaa..macam masak telur dadar yang lain juga Cuma ada avocado, susu segar dan cheese . Kalu dah masak gebu boleh lah di angkat dan terus makan.

Ok yang lagi ½ biji avocado tu jangan di buang. Gunakanlah untuk membuat NATURAL MASKER.

1 cawan plain yogurt

½ avocado di lenyek

2 sudu madu