Zaffique Zin | LEMON : “CARA MUDAH SINGKIR TOKSIN DALAM BADAN”
zaffique-new-logo-white

LEMON : “CARA MUDAH SINGKIR TOKSIN DALAM BADAN”

NAK TAHU CARA MUDAH MENYINGKIRKAN TOKSIN DALAM BADAN???

Ramai di kalangan kita selalu merungut mempunyai kulit yang kusam, sering sembelit , sering berasa letih, lebam di bawah mata (eye bag) dan sering merasa tidak sihat. Ini kerana gaya hidup dan bahan makanan yang mempunyai banyak bahan kimia berkumpul di dalam badan manusia yang sukar di lupuskan. Toksin boleh mendatangkan penyakit kepada badan kita sama ada penyakit kronik atau penyakit biasa. Banyak juga pakar yang mencadangkan pelbagai cara untuk membuang toksin di dalam badan.

Tetapi ada cara yang sangat mudah dan berkesan, selain kos yang amat rendah dan penyediaan yang sangat mudah. Kali ini Zafood merungkai cara yang paling senang dan mudah untuk menyingkirkan toksin di dalam badan dengan hanya sebiji LEMON.

Kenapa LEMON.

Ia memang terbukti tinggi kandungan Vitamin C , asid sitrik, magnesium dan kalsium. Buah yang di katakan pertama kali di jumpai di Assam, India merupakan buah yang tergolong daripada keluarga CITRUS jenis buahan yang amat masam. Nutrien didalam lemon yang memang bersifat diuretic akan meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang yang membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan lebih cepat.

Kebaikan DETOX LEMON

1. Dapat mengurangkan berat badan

  2. Penggalak tenaga sepanjang hari

3. Singkir bahan bahaya di dalam tubuh

4.Baik untuk kesihatan usus dan antibakteria yang kuat

5.Mengimbangi pH badan

Singkir toksin dan membantu penghadaman

6.Kulit lebih halus dan tidak kusam

Cara penyediaan Detox Lemon

Lemon adalah buahan yang tidak sesuai dimakan begitu sahaja kerana terlalu masam yang boleh memudaratkan kesihatan. Selalunya jika untuk detok akan di campurkan dengan air suam atau air sejuk. Boleh juga dicampurkan dengan madu untuk menambahkan tenaga.

Banyak juga cara penyediaan detoks lemon yang boleh di pelajari di internet seperti yang paling Air lemon yang di campurkan timun dan di biarkan semalaman di peti sejuk. Anda juga boleh mencuba dengan mencampurkan air lemon dengan buahan buahan lain seperti epal hijau , strawberry, tembikan, daun pudina dan sebagainya.

Bagaimanapun apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang.